Monday, April 13, 2015

Permulaan Catatan..

Assalamualaikum w.b.t..

Memang bercuti dan mengembara ada perbezaannya. Sebagai pelancong kita utamakan keselesaan dengan mood yang lebih santai. Sebagai pengembara, keselesaan bukanlah suatu keutamaan, tapi perasaan untuk menjelajah dan merasai tempat baru yang dikunjungi, dan siap sedia dengan cabaran yg akan dilalui. Aku mula bercuti ke luar negara pada tahun 2010 dan menjadikan ia sebagai aktiviti tahunan.  Bagi aku, konsep bercuti dan mengembara adalah 2 perkara yang sama. Kaitannya nak mengembara kan kena apply cuti..jadi apalah salahnya sambil bercuti sambil mengembara..tak gitu?? Haha..

Sebenarnya sekian lama dipendam je hasrat hati ni utk mengabadikan detik2 percutian dan pengembaraanku..perasaan itu timbul sejak pertama kali aku mendapat 'buku merah' kecilku 5 tahun yg lepas..skrg dah 3 kali aku perbaharui pasport, tp tiap kali habis bercuti hanya pic2 jadi kenangan..tiada catatan atau coretan yg boleh aku abadikan n jadikan rujukan..apakan daya, atas sebab kesibukan kerja dan part time student, terpaksa pendamkan dulu niatku..skrg Alhamdullillah, slps grad, perasaan utk menulis blog ni makin menjadi2.. ;)

Tambahan pula hujung May tahun ni aku akan mengembara ke 2 negara sekaligus..2 negara yg setakat ini paling jauh aku akan aku sampai..jadi, alangkah ruginya jika aku tidak mengabadikan pengalaman itu..hah!perasaan menulis kini membuak2 kembali! now aku ada assignment utk flashback n cari koleksi lama cuti & kembara dari tahun 2010 sblm mengupdate projek May nanti..

Ini cumalah catatan perjalanan sebagai koleksiku sahaja..tak kisah la kalau org kata, alaa..tempat dekat2 je pun nak tulis2 blog bagai..biarlah..tak suruh dan x meminta utk membaca dan menilai..yang penting aku happy!!!

Travelling - 
it leaves you speechless, then turns you into a storyteller
~Ibn Batutta~

Terima kasih buat suamiku kerana berkongsi minat yg sama...sama2 study & explore tempat baru dan rajin berjalan..semoga murah rezeki supaya wishlist kita seterusnya akan tercapai!