Brunei | 1 - 3 Feb 2013

Brunei Darussalam..rasanya tak ramai org berminat utk travel atau melancong di sini. Bagi aku, Brunei mmg termasuk dlm list negara yg aku nak jejak. Sebab utama, aku rasa Brunei ni negara Islam yg unik, jarang dgr org bercerita tp aku yakin ada keistimewaan sendiri, rasa terpanggil-panggil je utk ke sana. Lagipun mana lagi nak pi kalau keliling M'sia ni semua dh smpi. Kebanyakan member2 tnya aku balik, gi Brunei?apa ada situ?best ke, menariks ke?best tak best, meh kite tgk apa ada dgn Brunei..

Ada 2 cara nak masuk Brunei. Pertama, direct flight from KL ataupun melalui pintu sempadan Miri- Brunei. Tp melalui 'penyelidikan' aku sendiri, majoriti yg dah smpi Brunei mencadangkan masuk ke sana melalui Miri. Salah satu sebab, nk mengelak bermalam di Brunei (katanya mahal, tp bila aku check after convert pun standard rate mcm hotel di M'sia). Apapun, aku pilih masuk Brunei melalui Miri sebab memikirkan alang2, dapat juga tgk bandaraya Miri di Bumi Kenyalang tu..belum pernah sampai lagi. Tepuk dada tnya selera. Dah dapat date sesuai,  aku pun beli tiket KL - Miri (return) utk kami berdua dgn harga RM  425 dari 1 Feb hingga 3 Feb 2013. Short vacation - 3 hari cukuplah..Tujuan utama hanya nak 1 hari menjelajah Brunei. 

1 Feb 2013, Jumaat- Hari pertama. Alhamdullillah, selamat sampai di Airport Miri aorund 11am. Flight dari KL  - Miri mengambil masa 2 jam 15 minit. 



 
Sampai je di airport kami terus ke kaunter sewa kereta Kongteck Car Rental (telah booking awal) utk mengambil kereta. Mmg byk kaunter sewa kereta di sini, dan lengkap dgn dokumen2 (salinan geran kenderaan etc) untuk  tourist bawa masuk kereta ke Brunei. Kereta yg disewa adalah Myvi dgn harga RM 100/ day.  



Kereta dah dapat, mau ke mana pula? Miri tidaklah sepopular tempat pelancongan lain di M'sia. Tapi, bila tengok map, byk juga tourist attraction yg boleh dikunjungi. Badan tak lah terasa penat, makanya ambil keputusan pusing Miri city sampai ke petang dahulu, baru check-in hotel.

Destinasi pertama - The Grand Old Lady - salah satu monumen sejarah terpenting Sarawak. Terletak di atas bukit dipanggil Canada Hill di tengah Bandaraya Miri. Dari sini kita boleh lihat seluruh bandar Miri. Secara ringkasnya, The Grand Old Lady is the Miri's first drilled oil discovered by Shell. Sinilah terletaknye Muzium Petroleum Miri. Sangatlah sesuai untuk lawatan sambil belajar. 
 


Tengah hari rembang atas, matahari tegak atas kepala ni..huhu


 Destinasi ke-2 adalah kedai cenderamata - Mini Handicraft Centre di Jalan Brooke. Macam2 hasil kerja tgn tradisional macam Penan mats, basket, beadwork Org Ulu, semua ada. Sejam lebih jugalah di sini, khayal menikmati n belek2 kerja halus mereka2 ni.


Masa mencemburui, tak sedar dah 4pm, perut pun dah terasa lapar. Maka sebelum check-in pekena dulu ayam penyet kat Miri ni. Superb beb, terangkat! Usai makan, singgah beli buah dulu utk bersantai-santaian di hotel nanti.. Tempat menginap pilihan, The Everly Hotel - popular n preferred choice among tourist. Bilik di sini besar dan luas, lengkap dgn balcony, sgt selesa.

 Sebagai dinner pertama di Miri ni, selepas survey, kami ambil buffet yg disediakan disebabkan teruja dgn seafood buffet yg disediakan. RM 70/head, tak tertahan rasanya bila tgk hidangan laut yg fresh, besar2 dan pelbagai pilihan, termasuk lobster okeh!! Sangat puas makan. Tak rugi mencuba. Recommended!


Day2 - Perasaan berkobar-kobar nak masuk Brunei. Seawal 7 pagi, antara yg terawal bfast di hotel. Perjalanan dari bnadar Miri ke Sungai Tujuh (pintu sempadan Miri Brunei) mengambil masa hampir sejam (anggaran 30km).  





 
Alhamdullillah..selamat sampai di sempadan Bunei, Complex ICQS, Sungai Tujuh, Miri, Sarawak. Agak sunyi sepi sebenarnya awal pagi ni, tak banyak kenderaan. Persekitaran kompleks agak suram, macam suasana dlm cerita 'Walking Death' pula rasa. Proses yg tidak cerewet, janji cukup dokumen, cop passport, jalan! Berdebar-debar dan teruja rasa nak masuk Brunei ni. 




Welcome to Bandar Seri Begawan! Inilah Brunei..Papan -papan tanda dgn kalimah Allah SWT, dan peringatan mengutamakan Bahasa Melayu boleh dilihat sepanjang lebuhraya ke bandar.  Kagum! Jam menunjukkan 8.30am, awal pagi lagi, nk ke bandar pun jauh lagi.. Makanya kami bercadang utk second round bfast sebelum ke bandar.



Menikmati sarapan pagi

Selepas melalui beberapa pekan kecil, kami berhenti di sebuah pasar tamu di Tutong. Spt juga pasar2 di Malaysia, waktu pagi pasti dipenuhi pelanggan. Agak unik juga pagi2 dah ada ikan bakar. 

Kenyang perut, pemanduan diteruskan. Suasana jalan dan lebuhraya yg tenang. Kami smpi di bandaraya waktu tghri, agak terik juga masa tu. Berpandukan peta di tgn, lokasi pertama yg dituju Istana Darul Iman, Brunei Darussalam. Smpi shj di pintu gerbang istana, kami stop di pondok pengawal bertanya tpt utk park kereta - di kawasan lapang seberang istana. Subhanallah, besarnya istana ni, sungguh menakjubkan, terlopong melopong semua ada..hehe! Manakan tidak, Top 5 istana terluas di dunia. Disebabkan waktu tghri mungkin, tiada pelawat lain waktu itu, walaupun panas terik kami tetap posing ambil gambar, nasibla pak pengawal pagar sporting..










No comments:

Post a Comment