Thursday, June 25, 2015

Day 5 : Queenstown to Dunedin

Good morning again from Queenstown! Day-6 for the trip but 2nd day in Queenstown..




Morning view from balcony..I'll miss this stunning view!
Puas dgn pengisian aktiviti di Queenstown utk 2 hari, pagi ni dah berkemas utk check-out dan meneruskan perjalanan  ke hentian seterusnya. Destinasi ke-3 check-in di Dunedin utk 1 mlm.

Selesai check-out, around 10am (waktu NZ), kami bertolak. Rasa berat sgt hati nk meninggalkan bandar yg cantik dan tenang ni. Walaupun baru 15 minit drive, kami tak boleh menahan diri utk berhenti dan mengambil foto di pinggir bandar Queenstown  - Remarkable View Mountain yg sangat, sangat cantik! Aduhaii..dgn ais memutih di puncak, tak lepas mata memandang..




Puas mengambil foto, perjalanan diteruskan tp masing2 terdiam sambil mata trbuntang melilau kiri kanan melayan perasaan menikmati keindahan alam. Selepas stgh jam perjalanan, kami berhenti mengisi minyak ke-2 di pekan Cromwell (full tank $50, with 2 coffee+ cookies = $13).

Dapat dilihat melalui signboard jarak perjalanan dari Cromwell ke Dunedin sejauh 220km lagi. 20 minit kemudian di kanan jalan trdpt - kawasan perumahan tersusun - Clyde. 50km memandu jumpa 1 lagi pekan yg cantik - Alexandra. Kami berhenti di sini utk berehat. Pekan kecil yg cantik, spt lazimnya kiri kanan didereti kedai, cafe dan stesen minyak. Amat sukar melihat penduduknya berjalan2 - lengang - mungkin hari bekerja agaknya.

Mata mencari tempat sesuai utk parking kereta, akhirnya park bersebelahan Central Stories. Hmm, OPEN - tanpa dirancang pintu ditolak dan kami masuk. Rupanya sini merupakan  information centre merangkap museum..hebat! Selain collect pelbagai map dan info, sempat juga melawat museum. Niat utk berhenti utk ke tandas, tanpa dirancang setengah jam habiskn masa di sini, ok juga - lawatan sambil belajar..hehe.  Perjalanan diteruskn lagi menghala ke Dunedin.

Roxburgh - pekan ke4  - sebuah bandar yg sunyi sepi..tgk jam tu, 1:40pm, lots of sunshine tp sejuk terasa sungguh! 

Niat utk lalu shj pun tidak kesampaian sbb kami melihat tanda jalan terus ke Dunedin ditutup disebabkn banjir. Tidak pasti jalan mana perlu dilalui, kami berhenti bila trnmpk information centre di bahu jln. Keramahan dan pertolongan staffnya byk membantu dgn info yg jelas tentang alternative route ke Dunedin. Inilah satu lagi keistimewaan South Island, information centre mmg ada di setiap pekan - menariknya, apa yg kami perasan, kedudukannya mesti di jalan utama yg pasti akan dapat dilihat dengan mudah. Terbaik!




Dari Roxburgh kami mengikut arah ke Teviot Road - jalan kampung yg kecil dan agak licin - drive sehingga bertemu blue bridge. Nama pun jalan kampung, pemandangannya sungguh asyik dan memukau!








Disebabkn agak khuatir dgn cuaca mendung, hujan mulai turun dan kelihatan takungan air banjir di mana2, kami semakin berhati2 dan radio tempatan sentiasa on utk mendengar update terkini. Perjalanan diteruskn hingga brjumpa Beaumont -  pekan Lawrence - kampung Waitahuna - pekan Milton - Waihola. Puas sepjg perjalann kali ni sebab sempat mengambil foto.

Alhamdullillah, tepat 4pm, berjaya smpi di Dunedin City - bandar yg tertua dan besar di NZ, dan sibuk berbanding Queenstown. Di Dunedin barulah kami nampak traffic-light tau.. Terus mencari Manor street, terletaknya Manor House Backpackers utk bermalam.

The shared bathroom


The room
Manor House Backpackers - budget hostel - dikatakan the best backpackers style in Dunedin. Standing as gorgeous old villa, terletak di sebatang jalan yg senyap tapi masih di tgh bandar. Gaya klasik terserlah, a bit old-fashion but I still like the ambiance of Manor House.

Selesai check-in dan angkut beg, kami x buang masa,badan pun belum terasa penat, sementara hari belum gelap, ambil kunci, kami ke Baldwin Street, one of the tourist attraction. Baldwin Street ni sebatang jalan di kawasan perumahan, famous as World's steepest street. Seronok juga lepak di sini, suka tengok rumah2 nye yg cantik tersusun sepanjnag jln yg condong ni, bersih kemas teratur..kebetulan jalan lengang, sepanjang street ni rasanye kami yg conquer..happynye berkejar-kejaran dan berlari-larian (katanye pjg jalan ni 350m)..

 Tu dia.. kami nk ke hujung jalan sana..Cadangnya nk panjat smpi ke puncak,tp memandangkan nuunnn jauh kedopan, niat dibatalakn..start enjin, naik kereta juga kite..hehe..



Sampai je atas, ehh..jumpa sedara pulak kat sini..hehe. malu juga, diorng ni jalan kaki dari bwh okeh, tersenyum diorng tgk kami turun kereta.. :p 
Us..here..
Sporting, they're from UK! 
Dunedin, City of Literature, checked!

Masa mencemburui.. Disebabkan masa yg suntuk, apa yg termissed di Dunedin, adalah kami tak berkesempatan melawat kilang coklat Cadburry.  Hari mulai gelap, cuaca makin sejuk, tangan pun dah kebas, tiada tpt lain dpt ditujui melainkan cari tempat utk dinner. Mlm di bandar ni hidup juga, ramai yg masih berjalan2 ambil angin malam.. Park keta kat tepi jalan tu, jom cari makan - aktiviti terkahir kite di sni. 


Mcm biasa, tak sah la kalau menu kami bukan kebab..satu lagi kedai kebab Turki tepi jalan jadi pilihan.  

sebelum tidur, buat homework utk esok  ye..mata sudah mengantuk, makanya..Good Night from Dunedin! Zzzz...




1 comment:

  1. Datang blogwalking :) Wow cantik view Queenstown. 1 day memang simpan hajat nak ke NZ

    ReplyDelete