Flight by Jetstar yg dijangka berlepas 7.30 pm (waktu sydney) delay for 40 minutes, hmm.. Pertama kali terbang bersama Jetstar, rasanye lagi ok Air Asia..hehe. Terkejut juga bila atas sit aku berterabur dgn keropok/cekedis dgn bekasnye elok terletak di depan kerusi. Alahai Jetstar, klu ye pun, kemas/bersihkan la dulu sblm next flight. Apapun, keluar je dr landasan, elok je kapal dah di awangan, kami pun turut sama terawang2 dan terus terlelap. Manakan tidak, mlm td pun tidur tak lena fly KL-Sydney..
Sebelum landing, kami diberitahu suhu di luar 0°c..sejuk tuhh! Spt di airport sydney, proses imigration di airport sini pun mudah. Cuma kelihatan beberapa ekor anjing berkeliaran brsama polis, bertugas mencium bagasi2 pelawat yg baru smpi. Bagasi kami je telah di 'kiss' oleh 2 ekor anjing. Smpi ke tpt brg utk declare, sekali lagi bersyukur sbb Brahims ku selamat n tidak dirampas..hehee
Sempat amik pic 1 shot walau badan rasa penat sgt. Jam menunjukkn 1.30am (waktu di Christchurch). Sejuk mencengkam tulang, beg dibuka, tiba masa jaket perlu disarung.
Traveller sejati, cara backpackers, mlm ni tido airport je, hehe. Mmg dah rancang awal utk tidur di airport shj disebabkan jarak masa yg pendek utk dpt kereta 8am besoknya. So tak perlu membazir tido hotel kan..
Kat airport ni sbnrnye tak boleh lepak tido kat lantai lobby, mmg kena halau. Tp klu sanggup duduk n terlentok leher boleh la (ramai juga yg terlentok2 leher sambil duduk). Sbb tu agaknye pihak airport sediakan 1 bilik khas atau dipanggil Air Louge utk traveller/tourist tido sementara. Tp bukan senang juga nk masuk sini, kena tunjukkan bukti tiket flight nk berlepas awal pagi atau flight sampai lewat mcm kami. Ok je, at least dpt baring badan jap, walaupun gaya gitu tidurnye. Bersusun travellers tidur kat sini..
Mlm tido dlm kelaparan, hajat nk dinner x kesampaian sbb semua kedai/ restaurant dh tutup waktu ni.
By 5 am, staff lounge ni dah kejutkan kami. Aduhai, terkebil-kebil mata, tak smpi 2 jam dapat terlelap. Dgn muka ngantuk, cepat2 kemas dan bersihkan badan, jadi segar semula. Jam menunjukkan 6am, majoriti kedai kat airport ni dah buka. So, misi mencari alas perut pertama kami di Cristchurch Airport pun bermula, selepas semalaman tak diisi..
Breakfast pagi ni, 2 black coffee, 1 sweet bun & 1 carrot cake = $21
Ok, day 2 punye cite, jumpa in next post!