Sunday, May 3, 2015

Ada apa dengan Sydney, Australia & Christchurch, New Zealand?

Australia dan New Zealand..ada apa ye??bukanlah mencari apa..tp sbb motorhome/ campervan sgt popular di New Zealand & Australia khususnya, membuatkan dua negara tersebut menjadi destinasi pilihan kami..Sebenarnya suami nak sangat mengembara menggunakan campervan atau motorhome ni. Selalu dia bercerita pasal seronoknya baca pengalaman traveller yg tidur, mandi, masak, berehat & drive sendiri menggunakan campervan untuk mengembara. Dari sini menimbulkan minat aku untuk buat research sendiri. Sudahnya aku sendiri jatuh cinta dan kami berdua pun berazam 2015 adalah tahun yang kami akan jejakkan kaki ke sana dan tunaikan impian kami.

Australia, negara pilihan pertama yg  kami masukkan dalam list untuk jelajah menggunakan campervan..tgk pic2, baca blog, ramai mengatakan laluan pantainya mempunyai pemandangan yang indah membuatkan perasaan tu membuak2 je nak sampai ke sana..NZ juga mmg sgt terkenal dengan pemandangan semulajadi yg sungguh cantik, hingga ada yg panggil sbg "Syurga Dunia". Paling menarik, pemandangan yg sebegitu indah boleh dinikmati sepanjang perjalanan hingga membuatkan tidak bosan & penat memandu. Ada yg mengatakan sekurang-kurangnya setiap sejam atau 70-100km perjalanan pasti berhenti utk mengambil gambar dan sentiasa terserempak dengan motorhome/ campervan, menunjukkan NZ mmg destinasi pilihan popular.. memang sungguh pun, melalui research aku sendiri, aku rasa negara kiwi ni lebih asyik pemandangannya utk dinikmati berbanding bumi aussie. Ditambah currency NZD murah sedikit berbanding AUD, kami pun decide utk mulakan pengembaraan di bumi kiwi dahulu.


New Zealand - North Island atau South Island??


Hmm..nak ke belah utara atau selatan..?? New Zealand, terbahagi kepada dua bahagian/pulau utama i.e. North Island & South Island . North Island menempatkan bandar-bandar spt Auckland dan Wellington manakala South Island terletaknya Christchurach, Quesnstown & Dunedin. Disebabkan suami seorg guru, jadi kami hanya dapat merancang perjalanan pd cuti sklh. Makanya, cuti penggal May/ June 2015 terpaksa dijadikan pilihan..

Pada mulanya, kami bercadang ke North Island, disebabkan hanya MAS menawarkan direct filght ke Auckland. Namun, kesibukan dan perasaan masih berbelah bagi untuk pergi, kami lupa target date hampir dekat. Feb 2015, bila keputusan sudah dibuat, hrga tiket MAS –Auckland (return) menjadi  mahal, RM 3,8++/ pax (kalau 2 org dah jadi RM 8k). Kami cari alternative lain, setelah membuat perbandingan harga tiket, kami tukar destinasi dan memilih untuk ke South Island..huhu..walaupun trpksa transit di Sydney, tak apa la, janji dapat berjimat kan..;)


Flight ticket, cost for 2 pax = RM 6,466
Air Asia : Kuala Lumpur - Sydney (return) =RM 4,438 (with hot seat fee + baggage 40kg)
Jetstar : Sydney - Christchurch (return) = RM 2,028 (with baggage 40kg)

Selain harga tiket lebih murah, alasan lain utk 'penatkan badan' dgn transit adalah sbb nk ambil peluang masuk ke Sydney..hehe..sekali trip dapat la jejak 2 negara sekaligus. Jadi kami decide pendekkan hari di NZ dgn allocate 7 nights in Ch & 2 nights in Syd. Mmg masa tu pendek dan tak cukup sebenarnya, tapi alang2 pergi, kami cuba gunakan masa yg ada sebaik mungkin. Transit bukan sebarang transit, alang2 ber'visa', merasa terus la masuk negara org kan.. apapun, kite tgk hari sebenar nanti sama ada tercapai target atau sempat ke destinasi utama/ pilihan..

Based on top 25 countries for year 2015, no 22 & 25, checked!!..InsyaAllah



No comments:

Post a Comment