Hatyai,Thailand | 25 - 27 Feb 2011

Hatyai.. bandar yg dituju utk jejakan kaki yg pertama ke bumi Thailand..aku pasti ramai yg dah sampai ke sini..kali ni aku pergi pun masih mengikuti rombongan, hehe (menyelit rombongan cikgu2 sekolah suami)..dari KL menaiki bas, bertolak tengah malam dan sampai di Bukit Kayu Hitam (border) Thailand awal pagi..

 Jam menunjukkan 9 am..waktu di Thailand lewat 1 jam, bermakna kalau di Hatyai 9am, di
Malaysia 10am

Hotel menginap - President Hotel, btul2 tgh bandar berdekatan roundabout..Hotel sgt ok in terms of location and price, bilik pun besar (hotel lama, so apa yg dlm bilik as expexted la kan)..brp minit je berjalan ke famous shopping center/ market/ plaza beli belah..Recommended!!


Kimyong market and plaza..macam2 ada kat sini, untuk lelaki, perempuan, kanak-kanan - beg, baju, kasut etc2..semua jenis jenama ada, tp buatan siam la..hehe...ok je, klu pandai cari jenis yg bagus, no prob..rambang mata gak.

Nampak di jejantas tu dipenuhi apa? Di Thailand gambar raja mereka memang merata-rata, disepanjang jalan.  Ada gak bertanya dengan 'pakar sejarah' di sebelah tu, katanya di Thailand ada undang-undang 'Les Mejestes' yg melarang sebarang cemuhan terhadap raja dan institusi raja dan kedudukan raja mereka sangat dihormati. Jadi tidak hairanlah...


Antara tempat paling femes di Hatyai dah tentu floating market. Tak lengkap kalau tak sampai Khong Hae Floating Market. Keunikannya dah tentu barisan peniaga yg berniaga atas sampan. Memang meriah! macam2 makanan ada dan unik. Aku sempat la beli air kelapa dan somtam yg dihidang dlm tembikar pasu. 


Ala-ala night market...di hadapan floating market. 

Jejaka guru2 lelaki yg berposing dihadapan tut-tut..

Hari ke-2 sempat lagi singgah ke Kimyoong Plaza, last call cari brg apa yg patut/ jajan2 yg boleh dibawa balik ke KL. Di sebelah plaza tu ada berderet penjaja yg jual buah-buahan dan pulut mangga..sesuai sgtla menikmati air kelapa fresh dan pulut mangga yang glemer tu kan..bg aku menikmati original pulut mangga di sini mmg lagi umpphh berbanding di KL..rasa dan lemaknya, sukar digambarkan..mmg betul sedap! Aku sbnrnye nak bantai 2,3 peket pulut mangga tu, tp segan pulak..huhu..So lepas shopping tu, jgn lupa sejukkan tekak anda di sini.

Hari ke-2, petang dah tiba masa berangkat pulang..di hadapan President Hotel. Sebenarnya rombongan cikgu-cikgi ni 2H 1N jer..kejap je kan, bolehla..Janji dah sampai n rasai pengalaman tu yg penting. Next time leh repeat, dekat je..cost terlibat pun x banyak..

Ok, see u again Hatyai!

No comments:

Post a Comment