Bandung, Indonesia | 14 - 18 Dec 2010


Bandung, Indonesia..1 tempat yg aku nk pi sangat...Apa lagi klu bukan sebab shoppinggg!! Haha.. Aku pasti ramai yg dah ke Bandung atas tujuan yg sama. Disebabkan ini adalah percutian pertamaku ke luar negara), jadi aku dan suami menggunakan khidmat travel agent je masa tu..ye lah, baru nk berjinak-jinak org kata..


Tiket aku dan suami beli sendiri - RM 814 for 2 pax (Air Asia).. Cuma perjalanan di sana aku gunakan khidmat supir melalui travel agent Kejora Travel (Setapak). Agak lama juga bercuti di Bandung sebenarnya. 5 hari 4 malam…pergh! puas betul berjalan..aku rasa semua tempat dapat cover – Gedung Sate, Tangkuban Perahu Mountain, Cihampelas Jeans centre, Rumah Batik Danar Hadi, Factory Outlet yg merata-rata tu, Rumah Mode & Pasar Baru yg wajib pi, Cibaduyut etc. Puas hati sangat…tambah pulak pak supir yg rajin bercerita n sabar layan kami suami isteri..hehe..Kos untuk Bandung Tour yg dikenakan RM680/pax (include meal & hotel). 



Aku mmg suka sgt tempat ni..sejuk, nyaman sambil makan jagung bakar..mmg terangkat!


Macam-macam adaa...


 
Ni tak termasuk dlm itinerary..sbb byk masa, so singgah Museum Sri Baduga yg simpan pelbagai koleksi geologi, arkeologi etc..ni namanya bercuti sambil mengembara..belajar sejarah negara org.

@ Congo - Solid Wood Gallery & Cafe. Sini pun tak termasuk dlm itinerary, tp sbb pak supir nk tunjukkan one of the best most romantic hangout place in Bandung..mmg pun, terletak atas di tebing bukit, kita boleh nampak seluruh Bandung City..awesome! byk solid wood dipamerkan, dengan cafe restoran yg mewah..sangat sesuai untuk romantic dinner! Tak dinner di sini, sbb misi kami mlm tu nk makan bakso.


Ni dia, Warung Lela atau dikenali sbg Wale. Menu yg ditawarkan di sini tak lain tak bukan pelbagai jenis mee dan bakso..tak sah klu ke Indon tak pekena bakso. Kata pak supir, makan mee di sini berbeda dgn makan mee di tempat2 lain. Suasana etnik dan udara yg sejuk bikin kite asyik sekali..ewahhh! Memang betul pun, selain bakso yg sedap, suasana santai dan releks, dapat juga tgk pemandangan Bandung City dari lembah di atas bukit ni, ditambah pula setiap detail interior dan penataan ruang di sini dibuat dgn komponen etnik dan antik. Sgt cantik dan memang asyik! Recommended. 

Bilik di Mitra Hotel.. harga berpatutan, hotel selesa, bilik yg besar..sesuai la sumbat brg shopping yg byk! Lol.. Recommended! 


Pulang ke pangkal jalan..beranak pinak dah beg tu..misi tercapai! Sayonara Bandung, of course we will meet again!.




No comments:

Post a Comment