Hampir sejam berada di sini, kami mula drive turun untuk menghala semula ke Christchurch yang mengambil masa lebih kurang 6 jam dan melalui beberapa town (Oamaru - Timaru - Temuka - Ashburton - Rakaia). Ehh! kenapa menghala ke Christchurch lagi? Sebab flight balik berlepas dr sana, hari berganti hari rupanya nak balik dah esok..huhu..Ok, lupakan kesedihan dahulu, actually there's a lot see along the journey from Dunedin to Christchurch.. so take ur time & hayati percutian!
Perjalanan jauh, isi minyak di station minyak Oamaru,
here we buy some cookies & coffee for light bfast & bekalan semasa drive nanti
Alhamdullillah selamat sampai di Timaru. Target kami adalah berhenti di sini dan melawat Caroline Bay - the most widely known of all the parks in the Timaru district. Melalui pembacaaan, Caroline Bay ni being voted as the most popular beach in the South Island. So wajib la sampai kan...
Ini dia Caroline Bay..terpukau yg entah ke berapa ratus kali. View sangat cantik, no wonder la known as very popular recreational area. Disebabkan hari bekerja, jadi mmg tak ramai manusia di park ni, seluas-luas taman, terserempak 2,3 org je. Tersangat lah bersih, terjaga, luas mata memandang. Waktu hampir tengah hari, nampak cahaya matahari memancar-mancar, tapi udara tetap dingin dan sejuk. Rasa macam nak seharian lepak di sini, tp disebabkan tiada port utk lepak minum2, kami sekadar jalan2 makan angin dan ambil gambar je..
Puas ambil angin di Caroline Bay, perjalanan diteruskan hingga ke Temuka (19km from Timaru). Tidak berhajat stop di Temuka, kami terus menghala ke Ashburton (60km). Ashburton is a large town, kami berhenti disebabkan terlihat sebuah monumen besar tersergam di sini dan sebelahnya National War Memorial. Sambil bercuti dapat juga menimba ilmu kan..
Selepas singgah sekejap di Ashburton, kami terus menghala ke Rakaia (another 30km). Hmm, apa ada Rakaia? Macam ada tarikan la di situ.. Ok, our next stop is Rakaia!
Sehitam-hitam airnya, sebenarnya penuh dgn ikan salmon di dalam tu..Jangan main-main..;)
Welcome to Rakaia! Ohh..memang la menarik, ada bau makanan rupanye di sini, hehe.. Terkenal dgn salmonnye. Katanya, Salmon World ni is a great new attraction in Rakaia. Kat sini ada wildlife zoo, restaurant yg byk salmon, gift shop & freshwater aquarium. Tidak berhajat makan tghri di sini, kami hanya beli cookies, coffee & juice sebagai alas perut. Puas beristirehat di sini, kami teruskan perjalanan. Kali ni berazam utk tidak singgah di mana2 lagi sehingga ke Christchurch kerana perjalanan ke sana agak jauh ~ 60km.
Hi Christchurch, kite berjumpa lagi!
Selamat smpi di Christchurch lebih kurang 4pm. Tidak membuang masa, apa yg penting kami perlu terus check-in. Penginapan mlm ini adalah di BreakFree on Cashel. Hotel yg besar dan baru di sini. Very stylish and modern, bright & funky style. Unique hotel ni dan tidak brp mahal = NZD75/night.
Our room at Breakfree on Cashel. Kecil tp tetap ada ruang utk bersolat..
Selesai berehat sebentar dan tunaikan apa yg patut, kami keluar semula untuk jalan2 dan dinner. Explore Quake City in Central Christchurch di waktu senja. 8pm tapi dah bandar nya dah terasa sunyi. Jalan- jalan terjumpa pula Pak'nSave, masuk juga beli apa yg patut..
Dari Pak'n Save, kami berjalan dan terus berjalan hingga jumpa Topkapi Turki Restaurant di Menchester Street, apalagi kebab la pilihan utama. Enjoy juga dengan suasana cozy mcm ni. Harga agak mahal tapi yg penting perut perlu diisi juga kan..;)
Ready untuk terkam!
Hasil shopping di Pak'n Save tadi, kudapan mlm ni sebelum tidur ~ ready to eat chilli mussels + coffee..walaupun kombinasi yg x kena, tapi nikmat tau..haha! sedap wooo! Kunyah2 sambil packing barang. Mlm terakhir kami di bumi NZ sebab besok sudah mahu terbang. Sedar tak sedar dah 6 hari rupanya, sekejap je masa berlalu. Ok lah, good night from Christchurch. See you tomorrow.. zzzz....
|