Wednesday, June 3, 2015

Day 2 : Christchurch to Lake Tekapo

Morning from Christchurch!

Selesai bfast, by 8am kami menuju ke kawasan khas di luar airport tempat di mn pihak sewa kereta/campervan mengambil traveller/ tourist yg sudah menempah perkhidmatan mereka. Janji 8am, tp tiba 9am (ingt melayu je ada istilah janji melayu,hehe..) Pihak Jucy Rentals dtg menjemput kami utk ke office mereka yg trletak 10 minit dr airport bg urusan dokumentasi menyewa keta..


Selesai urusan kereta, kami terus ke pasaraya terdekat Pak'n Save utk membeli brg2 keperluan bagi bekalan di masa hadapan (utk dimakan bersama Brahim's waktu sarapan)..Brg yg dibeli 2 buku roti, 2 botol jus, baked beans, timun, fruits & salad ($24)..cukuplah utk 2,3 hari, tak cukup kite beli di next stop.


Jam menunjukkan 11am. Destinasi pertama Lake Tekapo. Utk ke sana, kami set GPS (disewa dari Jucy Rentals) mengikut laluan popular Inland Scenic Route 72. Laluan ni dikatakan mempunyai sightseeing yg awesome..jom tengok!

Route 72 melalui beberapa pekan kecil yg sgt menarik. Pekan pertama yg kami lalu adalah Rangiora (28 km dr Christchurch) dan pekan kedua adalah Cust (18 km). Perjalanan diteruskn sehingga ke pekan ketiga Oxford (16km). Pekan2 kecil td sbnrnye serba lengkap, terdapat kedai kiri kanan jalan dan cafe/restaurant for dining or coffee break. Menariknye di setiap pekan kite akan dpt lihat tandas disediakan dimana2 dan bersih. Kami berhenti sebentar di Oxford utk berehat sebelum meneruskan perjalanan..
Sepjg perjalanan dari Oxford terdampar sungai yg tenang - Waitakiri River. Kami berhenti lagi utk mengambil pic dan makan lunch (menu salad & roti yg dibeli di Pak'n Save tadi). Kemudian perjalanan diteruskan ke pekan seterusnya - Methven.

 
Dalam perjalanan ke Methven, akan melalui Rakaia Gorge Bridge - dibawahnya mengalir Rakaia River - antara sightseeing yg famous sepjg Scenic Route 72. Memang tak dapat menahan diri dari tidak berhenti walaupun tak sampai stgh jam memandu dari Waitakiri River. Wajib berhenti dan mengambil gambar sebab panaromanya tersangat cantik, air sungai tenang dan biru, rasa segar biji mata mcm baru lepas bubuh eyemo!hehe.. Sempat juga menyentuh airnya yg sejuk tu. Apapun, di pesisir sungai dengan tanah yg lembab tu, sbnrnya agak byk bekas2 tapak kaki binatang berjari 3 yg kami pun tak pasti milik haiwan apakah. Jadi berhati2 atas segala kemungkinan, almaklum tmpt pencil begini..pastikan mata sentiasa melilau dan alert dgn keadaan sekeliling k..

Sepanjang jalan Inland Scenic Route, kita akan kerap teruja dan terbeliak biji mata - melihat betapa cantiknya bumi NZ ni! Kami sendiri kerap berhenti di sepanjang jalan utk mengabadikan kecantikan pemandangannya. Aduhai, kalau belum sampai destinasi pertama pun dah teruja dan terpersona dgn keindahanya, macam mana la untuk 5 hari perjalanan lagi. Tapi hati2 utk mengelak perkara tidak diingini kerana difahamkan accident kerap terjadi bila kebykan tourist berhenti di tepi-tepi jalan yg tidak sepatutnya. Hari yg baik, tengah hari menjelma, perjalanan kami hari ni dilimpahi cahaya mentari yg terang (hamboi ayat), tapi suhu persekitaran tetap terasa sangat dingin. Alhamdullillah, walaupun dah masuk musim winter, tiada salji turun atau jln tutup spt dijangka..

Dari Methven perjalanan diteruskan ke Geraldine (68km) dan Lake Tekapo (87km). Jam menunjukkan 4pm dan cuaca nampaknya makin gelap. Kami target utk smpi di Lake Tekapo sblm 5pm sebab kami dinasihatkan 5pm ke atas adalah waktu yg tidak sesuai utk memandu kerana jalan akan menjadi licin dan bahaya..

Alhamdullillah..selamat sampai di destinasi pertama - Lake Tekapo. Check-in 1 malam di Tailor Made Backpackers @ 4.50pm..sgt penat tp bersyukur! Nak berehat jap, jumpa di next post!


No comments:

Post a Comment