Queenstown City..selepas Lake Tekapo, sekali lagi aku jatuh cinta! Pilihan yg tepat untuk menginap 2 malam di sini. Sebuah bandar, tapi dikelilingi keindahan semulajadi. Bandar yang tersangat tenang - tiada bunyi hon, tiada traffic light, driver sgt menghormati pejalan kaki. Udara terasa bersih dan sangat nyaman seperti bebas pencemaran (tiada sampah). Surrounded by mountains & very beautiful lake, sangat sesuai jika mencari percutian yg aman damai, honeymoon atau weddings...hehe. (macam duta Queenstown pulak). Tambahan pula bila memilih utk menginap di Rydges Lakeland Resort, unit mengadap pemandangan yg menakjubkan - Tasik Wakatipu dan Remarkables Mountain. Aduhai, aku pasti sangat, tiada siapa yg tak jatuh hati...
Oklah, berbalik kepada aktiviti malam pertama di bandar yang cantik ni, by 6.00pm, hari hampir gelap, suhu jatuh ke 8 deg. celcius, siap2 sarung jaket kami ke bandar - jalan kaki dari Rydges tak sampai 10 minit. Kebanyakan kedai tutup jam 8pm. Walaupun sejuk, tp seronok berjalan2, menikmati malam hari di Queenstown City, rasa nak singgah, masuk je mana2 kedai..
Kebetulan lalu di hadapan tourist agency, terus 'ditangkap'nye kami masuk. Berjaya pujuk kami untuk aktiviti esok - package Skyline - Gondola, 3 Luge rides & Stratosfera lunch buffet = $186 for 2 pax. Ok juga, tiket utk Skyline dah beli siap2 malam ni, so esok tak perlu buang masa..
Perut mula berkeroncong, apa lagi yg boleh dimakan, dah tentu makanan arab je. Kedai dituju Turkish Kebab, senang je mencari. Dinner malam ni, rice with beef + donner kebab (mix chicken & beef) + 2 coffee = $32. Tu dia, membuak2 dagingnya..ohh, mmg berselera sungguh makan..Bismillah, jemput ye..
By 8pm, kami dah berjalan kaki balik ke hotel. Badan masih segar, mata belum mengantuk.. Disebabkan hotel ni menyediakn self-service laundry (equipped with washing machines & dryers), jadi kami pun plan buat kerja laundry sket, dpt juga basuh long john tu (ohh..rajin rupanya si dia bila di oversea, huhu..). Sementara menunggu, kami berehat la di ruang disediakan sambil memanfaatkan wi-fi yg laju di Rydges ni. Disebabkan kami sahaja yg santai2 di level ni waktu ini, terasa spt duduk di apartment sendiri pula, Memang best hotel ni, semua ada...
Selesai sudah untuk hari ni, tak sabar nk tunggu esok yg mengujakan, mata pun dah mengantuk, sudahnya..good night from Queenstown!
No comments:
Post a Comment