Thursday, June 25, 2015

Day 6 :Dunedin to Christchurch

Good Morning from Dunedin! 

Bangun awal, pagi yang tersangat indah, cuaca baik, segarnya rasa.. Selesai checkout, bandar ini akan ditinggalkan..dan perjalanan diteruskan. First place to visit this morning - Larnach Castle, to see its beautiful garden and explore the historic house, situated at the top of the mountain. Menghala ke Otago Peninsula dan melalui Dunedin's harbour, driving mengambil masa 20 minit dari Dunedin City. Apa yg menariknya, dan alangkah terpesonanya, menghayati kecantikan sepanjang harbour, pantai dan gunungnya tak terungkap dgn kata2...MasyaAllah..Sangat nyaman dan tenang..terhenti lamunanku seketika..20 minit pemanduan terasa berlalu begitu saja, tanpa disedari..





Awal pagi rupanya castle belum dibuka utk org ramai, 
hanya sempat singgah dan ambil pic di pintu masuk aje la..:)


Hampir sejam berada di sini, kami mula drive turun untuk menghala semula ke Christchurch yang mengambil masa lebih kurang 6 jam dan melalui beberapa town (Oamaru - Timaru - Temuka - Ashburton - Rakaia). Ehh! kenapa menghala ke Christchurch lagi? Sebab flight balik berlepas dr sana, hari berganti hari rupanya nak balik dah esok..huhu..Ok, lupakan kesedihan dahulu, actually there's a lot see along the journey from Dunedin to Christchurch.. so take ur time & hayati percutian! 

Perjalanan jauh, isi minyak di station minyak Oamaru, 
here we buy some cookies & coffee for light bfast & bekalan semasa drive nanti






Alhamdullillah selamat sampai di Timaru. Target kami adalah berhenti di sini dan melawat Caroline Bay - the most widely known of all the parks in the Timaru district. Melalui pembacaaan, Caroline Bay ni being voted as the most popular beach in the South Island. So wajib la sampai kan...



 



Ini dia Caroline Bay..terpukau yg entah ke berapa ratus kali. View sangat cantik, no wonder la known as very popular recreational area. Disebabkan hari bekerja, jadi mmg tak ramai manusia di park ni, seluas-luas taman, terserempak 2,3 org je. Tersangat lah bersih, terjaga, luas mata memandang. Waktu hampir tengah hari, nampak cahaya matahari memancar-mancar, tapi udara tetap dingin dan sejuk. Rasa macam nak seharian lepak di sini, tp disebabkan tiada port utk lepak minum2, kami sekadar jalan2 makan angin dan ambil gambar je..



Puas ambil angin di Caroline Bay, perjalanan diteruskan hingga ke Temuka (19km from Timaru). Tidak berhajat stop di Temuka, kami terus menghala ke Ashburton (60km). Ashburton is a large town, kami berhenti disebabkan terlihat sebuah monumen besar tersergam di sini dan sebelahnya National War Memorial. Sambil bercuti dapat juga menimba ilmu kan..






Selepas singgah sekejap di Ashburton, kami terus menghala ke Rakaia (another 30km). Hmm, apa ada Rakaia? Macam ada tarikan la di situ.. Ok, our next stop is Rakaia!




Sehitam-hitam airnya, sebenarnya penuh dgn ikan salmon di dalam tu..Jangan main-main..;)

Welcome to Rakaia! Ohh..memang la menarik, ada bau makanan rupanye di sini, hehe.. Terkenal dgn salmonnye. Katanya, Salmon World ni is a great new attraction in Rakaia. Kat sini ada wildlife zoo, restaurant yg byk salmon, gift shop & freshwater aquarium. Tidak berhajat makan tghri di sini, kami hanya beli cookies, coffee & juice sebagai alas perut. Puas beristirehat di sini, kami teruskan perjalanan. Kali ni berazam utk tidak singgah di mana2 lagi sehingga ke Christchurch kerana perjalanan ke sana agak jauh ~ 60km. 


Hi Christchurch, kite berjumpa lagi!

Selamat smpi di Christchurch lebih kurang 4pm. Tidak membuang masa, apa yg penting kami perlu terus check-in. Penginapan mlm ini adalah di BreakFree on Cashel. Hotel yg besar dan baru di sini. Very stylish and modern, bright & funky style. Unique hotel ni dan tidak brp mahal = NZD75/night. 


Our room at Breakfree on Cashel. Kecil tp tetap ada ruang utk bersolat..

Selesai berehat sebentar dan tunaikan apa yg patut, kami keluar semula untuk jalan2 dan dinner. Explore Quake City in Central Christchurch di waktu senja. 8pm tapi dah  bandar nya dah terasa sunyi. Jalan- jalan terjumpa pula Pak'nSave, masuk juga beli apa yg patut..








Dari Pak'n Save, kami berjalan dan terus berjalan hingga jumpa Topkapi Turki Restaurant di Menchester Street, apalagi kebab la pilihan utama. Enjoy juga dengan suasana cozy mcm ni. Harga agak mahal tapi yg penting perut perlu diisi juga kan..;)


  
                                                            Ready untuk terkam!



Hasil shopping di Pak'n Save tadi, kudapan mlm ni sebelum tidur ~ ready to eat chilli mussels + coffee..walaupun kombinasi yg x kena, tapi nikmat tau..haha! sedap wooo! Kunyah2 sambil packing barang. Mlm terakhir kami di bumi NZ sebab besok sudah mahu terbang. Sedar tak sedar dah 6 hari rupanya, sekejap je masa berlalu. Ok lah, good night from Christchurch. See you tomorrow.. zzzz....
 

Day 5 : Queenstown to Dunedin

Good morning again from Queenstown! Day-6 for the trip but 2nd day in Queenstown..




Morning view from balcony..I'll miss this stunning view!
Puas dgn pengisian aktiviti di Queenstown utk 2 hari, pagi ni dah berkemas utk check-out dan meneruskan perjalanan  ke hentian seterusnya. Destinasi ke-3 check-in di Dunedin utk 1 mlm.

Selesai check-out, around 10am (waktu NZ), kami bertolak. Rasa berat sgt hati nk meninggalkan bandar yg cantik dan tenang ni. Walaupun baru 15 minit drive, kami tak boleh menahan diri utk berhenti dan mengambil foto di pinggir bandar Queenstown  - Remarkable View Mountain yg sangat, sangat cantik! Aduhaii..dgn ais memutih di puncak, tak lepas mata memandang..




Puas mengambil foto, perjalanan diteruskan tp masing2 terdiam sambil mata trbuntang melilau kiri kanan melayan perasaan menikmati keindahan alam. Selepas stgh jam perjalanan, kami berhenti mengisi minyak ke-2 di pekan Cromwell (full tank $50, with 2 coffee+ cookies = $13).

Dapat dilihat melalui signboard jarak perjalanan dari Cromwell ke Dunedin sejauh 220km lagi. 20 minit kemudian di kanan jalan trdpt - kawasan perumahan tersusun - Clyde. 50km memandu jumpa 1 lagi pekan yg cantik - Alexandra. Kami berhenti di sini utk berehat. Pekan kecil yg cantik, spt lazimnya kiri kanan didereti kedai, cafe dan stesen minyak. Amat sukar melihat penduduknya berjalan2 - lengang - mungkin hari bekerja agaknya.

Mata mencari tempat sesuai utk parking kereta, akhirnya park bersebelahan Central Stories. Hmm, OPEN - tanpa dirancang pintu ditolak dan kami masuk. Rupanya sini merupakan  information centre merangkap museum..hebat! Selain collect pelbagai map dan info, sempat juga melawat museum. Niat utk berhenti utk ke tandas, tanpa dirancang setengah jam habiskn masa di sini, ok juga - lawatan sambil belajar..hehe.  Perjalanan diteruskn lagi menghala ke Dunedin.

Roxburgh - pekan ke4  - sebuah bandar yg sunyi sepi..tgk jam tu, 1:40pm, lots of sunshine tp sejuk terasa sungguh! 

Niat utk lalu shj pun tidak kesampaian sbb kami melihat tanda jalan terus ke Dunedin ditutup disebabkn banjir. Tidak pasti jalan mana perlu dilalui, kami berhenti bila trnmpk information centre di bahu jln. Keramahan dan pertolongan staffnya byk membantu dgn info yg jelas tentang alternative route ke Dunedin. Inilah satu lagi keistimewaan South Island, information centre mmg ada di setiap pekan - menariknya, apa yg kami perasan, kedudukannya mesti di jalan utama yg pasti akan dapat dilihat dengan mudah. Terbaik!




Dari Roxburgh kami mengikut arah ke Teviot Road - jalan kampung yg kecil dan agak licin - drive sehingga bertemu blue bridge. Nama pun jalan kampung, pemandangannya sungguh asyik dan memukau!








Disebabkn agak khuatir dgn cuaca mendung, hujan mulai turun dan kelihatan takungan air banjir di mana2, kami semakin berhati2 dan radio tempatan sentiasa on utk mendengar update terkini. Perjalanan diteruskn hingga brjumpa Beaumont -  pekan Lawrence - kampung Waitahuna - pekan Milton - Waihola. Puas sepjg perjalann kali ni sebab sempat mengambil foto.

Alhamdullillah, tepat 4pm, berjaya smpi di Dunedin City - bandar yg tertua dan besar di NZ, dan sibuk berbanding Queenstown. Di Dunedin barulah kami nampak traffic-light tau.. Terus mencari Manor street, terletaknya Manor House Backpackers utk bermalam.

The shared bathroom


The room
Manor House Backpackers - budget hostel - dikatakan the best backpackers style in Dunedin. Standing as gorgeous old villa, terletak di sebatang jalan yg senyap tapi masih di tgh bandar. Gaya klasik terserlah, a bit old-fashion but I still like the ambiance of Manor House.

Selesai check-in dan angkut beg, kami x buang masa,badan pun belum terasa penat, sementara hari belum gelap, ambil kunci, kami ke Baldwin Street, one of the tourist attraction. Baldwin Street ni sebatang jalan di kawasan perumahan, famous as World's steepest street. Seronok juga lepak di sini, suka tengok rumah2 nye yg cantik tersusun sepanjnag jln yg condong ni, bersih kemas teratur..kebetulan jalan lengang, sepanjang street ni rasanye kami yg conquer..happynye berkejar-kejaran dan berlari-larian (katanye pjg jalan ni 350m)..

 Tu dia.. kami nk ke hujung jalan sana..Cadangnya nk panjat smpi ke puncak,tp memandangkan nuunnn jauh kedopan, niat dibatalakn..start enjin, naik kereta juga kite..hehe..



Sampai je atas, ehh..jumpa sedara pulak kat sini..hehe. malu juga, diorng ni jalan kaki dari bwh okeh, tersenyum diorng tgk kami turun kereta.. :p 
Us..here..
Sporting, they're from UK! 
Dunedin, City of Literature, checked!

Masa mencemburui.. Disebabkan masa yg suntuk, apa yg termissed di Dunedin, adalah kami tak berkesempatan melawat kilang coklat Cadburry.  Hari mulai gelap, cuaca makin sejuk, tangan pun dah kebas, tiada tpt lain dpt ditujui melainkan cari tempat utk dinner. Mlm di bandar ni hidup juga, ramai yg masih berjalan2 ambil angin malam.. Park keta kat tepi jalan tu, jom cari makan - aktiviti terkahir kite di sni. 


Mcm biasa, tak sah la kalau menu kami bukan kebab..satu lagi kedai kebab Turki tepi jalan jadi pilihan.  

sebelum tidur, buat homework utk esok  ye..mata sudah mengantuk, makanya..Good Night from Dunedin! Zzzz...